KPPTM telah diperaku pendaftarannya pada 30 Ogos 2016 oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan Nombor Pendaftaran 1196.

KPPTM terikat dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Buku Peraturan-Peraturan Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia.

Mesyuarat Penubuhan KPPTM telah diadakan pada 25 Jun 2016 dengan melantik seramai tujuh (7) AJK Penaja bagi melaksanakan urusan penubuhan kesatuan termasuk mendapatkan kelulusan penubuhan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Tujuh AJK Penaja terdiri daripada Datin Siti AIshah (Pengerusi Penaja), Puan Nasreen (Setiausaha), Encik Esaini (Bendahari), Encik Adzeem, Haji Mustaffa, Puan Hanisah dan Cik Azila.